Assalamualaikum...
Hye ... Malam ni mood aku tengah angau nak melayan cerita jepun... Dah tiga hari beturut - turut mood ni datang... So, bagi memenuhi keinginan aku yang agak meninggi ini, aku pon ape la lagi kan...Layan kan jela..kalau tak di layan nescaya kerja lain yang aku buat gerenti tak menjadi punya lah...
Cerita Jepun yang menjadi pilihan utama aku sejak 2 hari yang lepas adalah Nodame Cantabile..Cerita yang fully akan buat kan aku enjoy gile vavi bila menontonnya..pastu jalan cerita dia pon tak la se"complicated" cerita melayu or indonesia yang merepek meraban tu...sempoi dan kelakar..heee... Tapi aku tengok cerita ni kat you tube jerk...nak tunggu dia loading memang betahun gile...bertambah lagi dengan internet yang agak slow, lagi la memerlukan kesabaran yang amat lah tinggi... but aku tak kisah semua tu..yang penting aku dapat tengok cerita ni sampai habis...Disebabkan masalah internet ni la aku memerlukan masa sampai 3 hari untuk menghabiskan cerita ni...huhu..sangat penyabar kan aku ni.. sila la beri tepukan yang gemuruh kepada aku sebab berjaya menunggu dengan penuh sabar tanpa sedikit pon memaki hamun line internet yang tersangat la laju ini...huuuhhh!!
Actually kat dalam lappy aku dah ada dah cerita ni...(Rembat kat hard disk Udin)...Tapi just part 1 je la..Part 2 & special europe tak de lagi....Nak download, tapi aku tak geti la pulak...Asyik nak kene bayar jerp bila aku try nak download cerita ni...Memang sakit hati giler lah..At last terpaksalah aku tengok kat you tube jerp..nasib baik la ade orang upload kat you tube ni...kalau tak, memang kempunan lah aku nak tengok cerita ni..heee..( KALAU KORANG TAU MACAM NE NAK DOWNLOAD CERITA JEPUN OR KOREA FOR FREE, AJAR LA AKU...PLEASEEE...!!)
Kalau korang nak tau, cerita ni best sangat - sangat tau..Ia mengisahkan tentang Kehidupan seorang perempuan yang amat pandai bermain piano yang tengah belajar di Paris..her name is Noda Megumi..just call Nodame..Nodame ada seorang boyfriend, name dia Shinici Chiaki...Chiaki ni seorang conductor dalam ochestra...Watak Chiaki ni penuh dengan charisma dan sangat2 la cool ok..Nodame ni pulak, tak sama dengan Chiaki...perangai dia ni penuh dengan kebudak - budakan dan sangat la cute...aku sangat suka bila Nodame cakap "gyabo & mukya"...Bertambah lagi dengan memek muka dia...ppeerrgghhh!!!comel gile..^^,
Kat dalam cerita ni, banyak jugak la pengajaran yang dapat aku amek...Antaranya, kita kene berusaha bersungguh - sungguh untuk mencapai cita - cita kita, jangan cepat putus asa, kene sentiasa rajin buat sesuatu untuk meningkatkan prestasi kita, lagi, kene pandai sesuaikan diri bila kita kat tempat orang & macam- macam lagi lah... Aku memang kagum gila dengan semangat yang ditunjukkan oleh Nodame & Chiaki dalam cerita ni..Diorang sanggup tak tido berhari - hari semata - mata nak pastikan diorang dapat menguasai Sesuatu music tu dengan baik... Pastu kisah percintaan diorang pon best walaupon tak la se"Romantik" dalam cerita Korea...
Dalam cerita ni banyak juga lah aku dapat belajar tentang sejarah Classic music luar negara ni..Antaranya, Bethoven, Mozard, Sonata & macam - macam lagi lah..memang best gila...aku ni dah la jenis yang suka music...Jeles gila bila tengok diorang main peralatan music tu...Terutamanya Biola & Piano...ppeerrgghhh...Rasa macam nak main jugak menatang tu...hhiisshh!!Geram...heee=)
Kalau korang nak tengok cerita ni, klik jerp video kat bawah ni...huhu..
Tiba - tiba nak jadi macam Nodame pulak...Walaupun perangai dia yang kebudak - budakan tu, tapi dia seorang yang kuat semangat, tak pernak kenal erti putus asa, rajin, baik hati dan yang paling penting selalu buat orang sekeliling dia happy bila bersama dia..tu yang paling aku suka dekat Nodame ni...
Kalau la dapat boyfriend or husband macam Chiaki ni, peerrrgghhh!!sangat la beruntung..dah la hensome..pastu pandai pulak tu...Perangai dia yang sentiasa cool & penuh dengan charisma tu buat kan aku jatuh hati pulak..Walaupon dia ni tak pandai nak romantik - romantik, tapi at least dia take care dengan pasangan dia..tu yang paling aku suka..(Dah mula dah nak start berangan)..heee...
Ok lah..Dah nak pukul 1 dah..esok aku kene keje lagi...wwaarrrgghhh!!!malas gila nak kerja...Tapi demi untuk mencari sesuap nasi, terpaksa lah aku kerja dengan penuh dedikasi..Ceeehhhh!!ayat tak boleh bla..bubye...
P/S : Thanks sudi baca karangan aku...=)
No comments:
Post a Comment