#Throwback kate kau.. haaa memandangkan hari ni result spm keluar, maka nak fefeeling sweet 17 gitu.. padahal dah nak masuk 7 tahun tinggalkan alam persekolahan.. tak sedo2 lagi diri tu dah tue.. huhu
Haaa kepada adik2 yang resultnye tak berapa bagus, jgn le sedih2..chill suda..spm tu bukan lah penentuan bahawa hidup kau akan terus teruk seperti result yg kau dapat tu..Yang penting sekarang jangan putus asa dan terus berdoa pada Allah.. Doa le supaya masa depan kau lebih cerah dan gumbira ke, dapat keje yang baik walaupon tak lah sebagus kawan2 kau yg lain, atau pon klu nak senang, mintak pada Allah supaya dapat kahwin dengan org kaye(yg ni bg pompan lah..klu laki2 nak mintak mcm ni boleh jugak.. mak tak halang jahh).. yang penting kau bahagia..
Result aku dulu pon tak le sebagus engkorang.. banyak main mase kat teknik dulu.. warden suruh study time preb, aku pegi tulis surat cinte..sampaikan kantoi kau tau.. siap kene bace lagi dekat perhimpunan mingguan asrama.. haaaa rase kau malu ke tak malu time tu.. hahaha bongokss betol bile igt balik.. effectnya result ke laut leww..dan disebabkan result spm yg kelaot tu lah bf aq tinggalkan aku, kau tau.. kuajaq punye jantan.. haaa padan dgn muke aku.. haha selepas tragedi tu berlaku, aku pon bangkit le slow2..macam naik tangge, sikit2 naik walaupon sebelah kau ade escalator.. huhu
Dikala kawan2 dapat ambil diploma dekat universiti tempatan dan luar negare, aku hanya mampu guling2 dekat bilik..mengharapkan itu semua hanya satu mimpi..mimpi yang tak pasti... haaa macam lirik lagu tak...huuu
Kekecewaan tidak terus2an menghantui aku..after a few weeks, aku dapat tahu yang aku dapat ambil diploma di politeknik..aku punye suke, haiisshhh Allah saje yg tau..walaupon org pandang rendah dekat poly,tapi aku tak peduli..yang penting aku dapat segulung diploma tu..
After habis diploma, aku mohon lagi untuk sambung degree pulak.. setahun lebih jugak lah aku tunggu.. klu tak silap aku 4 kali aku mohon upu..first mase sem akhir dkt poly, kedua time rayuan, ketiga intake uitm and uthm only dan yg keempat mase keje.. last la tu.. klu dapat, dapat lah.. klu tak aku terus keje..tawakal je le time tu..Bertapa Allah kasihkan aku, bertapa Allah tu maha pemurah, DIA bagi aku sambung degree dekat universiti terkemuka di malaysia.. Universiti Teknologi Malaysia (UTM).. haaa kau nak pengsan aku bace masej time tu.. Happy gile kot..
Mase firstday jejak kaki time registration day, aku masih tak pecaye.. mane tak nye.. aku selalu masuk UTM tu utk hanta tender je..dan setiap kali masuk, aku mesti cakap dengan alya and kak ira.. "haaiisshh bila lah aku nak dapat belaja dekat sini.." and now, i'm one of the UTM student kau.. haaaa klu terjun tasik pon, pasti akan keluar berita.. "Pelajar UTM terjun tasik akibat tidak percaya bahawa dia telah menjadi salah seorang pelajar di universiti tersebut".. hahaha
Sekarang aku sedang gigih menjalani latihan industry dalam bidang kejuruteraan marine dan oil&gas.. tunggu lagi setahun setengah, dapat le aku segulung ijajah.. haaaa keeelass tak mak.. haaa bakal2 enginioorrr ni tau.. sape kate result spm teruk tak boleh jd engineer.. bak tang sni, aku puk muke dy.. hehe
As a conclusion, bagi aku spm adalah satu permulaan untuk aku terus menjadi manusia yang lebih kuat dan matang.. and now, still learning untuk menjadi hamba Allah yang baik..
Mase depan kau bukan terletak pada sehelai kertas, tapi terletak pada tangan kau sendiri..terpulang pade kau nak bentuk dia jadi macam mane..yang penting sentiase igt, ade yang lebih berkuasa diatas sane.. klu sentiase igt, insyaa Allah, pasti semuanya akan baik2 saja.. amin.. 😊😊😊
Kepada meera husna dan ikin: Tahniah and gudluck for your future..kak long always be there for u guys..cayang die tium sikit.. hehe 😘😘😘
No comments:
Post a Comment