I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, April 15, 2015

Kes Penipuan Arezzo

Assalamualaikum..

Pagi yang indah untuk orang lain, tapi bukan yang indah bagi aku.. Semalam aku dan kawan aku ke pasaraya Tesco Plentong untuk belanja barang dapur.. Sesampainya aku di pasar raya tersebut, aku telah disapa oleh seorang perempuan Sabah dan memberikanku sebuah bungkusan.. kononnya sebagai hadiah.. Kemudian dia menarik aku untuk pergi ke booth dia..Selepas tiba di boothnya, seorang lelaki sabah bernama Fakhrul memperkenalkan product yang sedang dipromosikan.. aku pada mulanya menolak untuk membeli apa sahaja yang dijual.. kemudian seorang lelaki yang lain mencelah dan memberitahu yang mereka tidak memaksa untuk membeli, tetapi hanya untuk mencari orang agar menyokong website yang baru dilancarkan..

So aku pon tanpa berfikir panjang menulis segala butiran yang diperlukan.. kemudian sebelum aku mengangkat kaki dari booth tersebut seorang perempuan melayu memberikan 2 keping card discound, dan lelaki tersebut mengoyakkan serta memberikan kepada aku dan rakanku seorang lagi.. Discound card yang pada tangan aku tertera RM1000 dan rakan ku rm100. Kemudian lelaki tersebut pura2 terkejut dan mengatakan kebiasaanya orang yang membuka card tersebut hanya mendapat rm100 discound, tapi card yang ada pada aku bernilai RM 1000.. selepas itu, dia menghubungi seseorang yang kononnya bos meraka yang berda di KL untuk mengesahkan sama ada card tersebut valid or not.. aku hanya perhatikan sahaja perlakuan mereka.. setelah  berbincang, lelaki itu memberi aku telefon tersebut untuk bercakap sendiri dengan bosnya..Bosnya menyuruh aku membaca bar code yang terdapat di belakang card diacount tersebut, dan kemudian memberitahu bahawa card tersebut valid.. company mereka hanya menyediakan beberapa card diacound yang bernilai 1000. Dan mengatakan aku diantara yang bertuah.. pada ketika itu aku seperti tak percaya dan agak blur.. kemudian seorang perempuan melayu menghampiriku dan mengatakan "wahh!! Bertuahnya akak" aq pandang wajahnya dan cakap, "xpelah u ambil lah.. I xnak.."

Perempuan tu memujuk2 aku dan lelaki yang bernama fakhrul tadi pula meminta ic dan bank card aku..aku macam dalam separuh sedar, aku terus membuka beg dan memberikan kepadanya..sedangkan dalam hati aku, aku tak nak.. kemudian dia memasukkan card ke mesin debit dan menyuruh aku memasukkan password.. aku tak nak tekan tapi entah lah.. aku seperti tak boleh nak bantah apa yang dia suruh.. 3x aku menekan password, dan mereka mengatakan mesin tersebut rosak.. mereka perlu membuat secara manual.. mereka photostat ic dan bank card aku dan mula menulis resit pembelian.. sekali lagi aku cakap, aku tak nak.. tapi mereka terus mengasak2 aku dan mengatakan barang tersebut hanya untuk testimoni sahaja.. jika aku tak nak, aku boleh pulangkan kepada mereka dan cancel segala urusan jual beli.. Sebelum aku balik, lelaki tersebut menyuruh aku membayar rm150 untuk member card dan memberikan aku resit serta memberi aku indusction cooker untuk dibawa balik.. Aku pada ketika itu seperti blur dgn ape yang terjadi..

Bila sampai ruma, aku terus menghubungi rakanku Syed.. syed terus meminta aku bagi gamba resit dan mula search tentang company tersebut.. Apa yang paling memeranjatkan adalah ramai yang telah tertipu dengan agensi ini..ada yang sampai 7- 10k yang lesap.. aku jadi risau, aku check bank aku, rm 2100 telah lesap..Malam tu juga aku ajak syed menemani aku untuk pulangkan barang tersebut.. Setelah aku sampai, lelaki berbangsa sarawak dan fakhrul masih ada disitu.. aku menegaskan aku mahu cancel segala pembelian dan memulangkan kembali kepada mereka.. Tapi mereka seperti sudah biasa, mereka just ckp boleh buat pembatalan tapi setelah 2 or 3 hari.. Dan barangan tersebut aku perlu bawa balik..

Hari ni, aku minta half day dengan En.Aizat, aku terus pegi ambil Alya dekat office.. Dari Pasir Gudang terus shoot ke skudai and buat report dekat balai polis Taman Iniversiti.. Lepas report polis selesai aku pegi ke jabatan pengguna untuk buat aduan.. tapi malangnya bank statement tak de sebab dari situ diorang akan tahu duit tu di masukkan ke acct siapa.. klu acct company yang tertera pada resit, diorang akan terus bukak kes ini.. Tapi klu ke acct individu, aku kene buat laporan polis lagi sekali untuk polis siasat individu tersebut..

Setibanya aku dirumah, ayah mengajak aku untuk pergi ke tesco dan kembalikan semula induction cooker tersebut.. aku pergi semula, yang ada hanyalah lelaki serawak, perempuan 2 orang dan 3 orang lelaki .. fakhrul tak de.. aku suruh mereka kembalikan duit aku dan tunjukkan kepada mereka laporan polis yang telah aku buat..mereka cakap, duit akan dikembalikan sama ada esok atau lusa..mula2 aq naik angin jugak, tapi ayah suruh relex dulu.. lelaki tu call bos dy dan bercakap sendiri dengan ayah.. bila dah runding, dy akam pulangkan duit esoknye.. so sekarang, aku kene tunggu esok.. klu tak dapat lagi, aku kne pergi tribunal pengguna untuk bukak kes ni.. hurrrmmm harap2 dapat la balik duit tu.. Ya Allah.. risaunye aku.. 😭😭😭

No comments: