I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, November 15, 2015

Final Year yang mematangkan diri aku..

Assalamualaikum...

Hai kawan - kawan.. sihat tak semua.. pejam celik, pejam celik dah masuk final year dah dekat UTM ni.. Rase macam baru semalam aku update pasal orientation MMM UTM.. Kononnya tak percaya lah dapat masuk UTM, terasa macam mimpi bagai, kene belajar betol-betol bila masuk sini.. hahaha choiii semua tu.. Tu semua perasaan masa baru jejak kaki dekat dalam ni je.. lama - lama, kelaut lah nyah oiii...

Bukan bermaksud aku belajar main - main dekat sini, cuma aku rasa masa dekat poli dulu aku lebih berdedikasi berbanding dekat sini.. salah satunya sebab dekat sini semuanya persaingan lebih tinggi.. antanya bagi siapa yang terer menghafal, terer membodek, terer membohong, terer dalam menyimpan ilmu akan lebih berjaya dengan jayanya.. tak macam dekat poli dulu, kita sama - sama belajar.. bukan nak cakap dekat poli tak ada persaingan, tapi persaingan tu tidak membuatkan kami mementingkan diri sendiri.. kalau ada kawan yang jatuh, kita sama - sama bangkit semula, kita sama - sama tolong.. tak macam dekat sini, makin kau jatuh, makin kau kecundang, makin ramai yang suka melihat daripada menolong..makin ramai yang ketawakan kau.. 

Ye, aku tau tak semua macam tu, tapi boleh dikira dengan jari siapa yang betul - betul ikhlas nak tolong dan sama - sama bangkit dengan kau.. Kenapa aku cakap macam tu, sebab aku sendiri dah terkena.. Dulu masa awal - awal perkenalan memang semua baik - baik belaka.. Tapi bila lama kelamaan especially bila dah masuk final year, semakin nampak ketajaman taring masing - masing.. Ada yang sanggup tikam dari belakang semata - mata untuk pastikan tajuk Final year project dia approve.. 

Kau tak rasa lagi betapa kecewanya bila kawan yang kita percaya, yang kita sanggup tolong masa dia susah, yang sanggup kita berkorban masa, wang ringgit mahupun tenaga tikam kita dengan kejam dari belakang.. Masa tu terasa gelap dunia.. Terasa betapa BODOHnya diri ni... Ya Allah, tak tahu nak cakap lah.. sampainya hati kau buat aku macam tu.. selama ni aku TAK pernah berkira dengan kau..aku tolong kau ikhlas, tak pernah mintak balasan.. tapi apa yang kau bagi dekat aku?? Huhhh

Kalau dulu, aku suka share apa yang aku ada dengan kawan - kawan.. tak kiralah dari segi ilmu ataupun cerita bodoh yang terjadi pada diri aku.. Terima kasih sebab sedarkan aku.. Sedarkan aku bahawa tak semua yang kita ada kita perlu share dengan orang.. Terima kasih juga sebab membuatkan aku lebih berhati - hati dalam memilih kawan..Yaa Terima kasih banyak - banyak..

Sekarang, aku berjanji pada diri aku untuk terus kuat dan berusaha untuk mendapat markah yang baik dalam FYP nanti... Aku maafkan kau, tapi perlu kau tahu perinsip hidup aku

"Sekali kau buat TAIK dengan aku, sampai situ saja lah kepercayaan aku pada kau " ..

Bunyi macam kejam dan pendendamkan.. tapi terpulang pada diri masing - masing untuk menilaikannya.. hanya yang betul -betul rapat dengan aku je yabg tahu siapa aku sebenarnya.. 

No comments: