Assalamualaikum..
Hari ni nak sambung cerita hari tu..Pasal kes penipuan Arrezzo.. Ok first of all aku nak panjat syukur ke hadrat Illah sebab permudahkan segala2 nya.. Alhamdulillah semuanya sudah selesai.. Terima kasih buat kawan2 yang banyak menolong dan bagi nasihat ta henti2 ketika aku susah hari tu.. Sangat berayukur sebab ada kawan macam korang semua.. Terima kasih tak terhingga aku ucapkan especially buat Syed, Alya, Seela, Panjang, Yusri, Ika and Kak Asrah.. Tak lupe juga buat kak dahlia, Effa, bos en.azmie dan cik Yati (untie).. Jasa korang semua tak dapat aku balas.. hanya doa yg dapat aku berikan.. semoga kamu semua dilindungi Allah dan dijauhi dari segala bencana dan malapetaka.. Amin
Alhamdulillah, si penjual tu dah pulangkan duit aku semula, walaupon tinggal balance lagi rm200 belum di lansaikan, at least aku boleh tarik nafas lega 90% dari duit kerugian dah dapat kembali.. Sambungan daripada part 1 hari tu, lepas aku sedar aku telah ditipu, aku cepat2 pergi buat laporan polis..Alya lah yang teman aku masa hari tu..Dari pasir gudang aku terus jumpa Alya dekat skudai, dengan pakai baju coverall, muka compang camping, selendang senget sampai rambut terkeluar semua, aku dah tak kesah dah semua tu.. yang aku tau, aku nak jumpa Alya cepat.. tu je.. Lepas jumpa Alya, Alya yang drive kete, aku dah tak mampu nak drive lagi dah.. kaki lemah dangat2.. Dia bawak aku pergi buat report dekat balai polis Taman U..Aku tak pernah buat report polis before ni..aku takot sangat2 masa tu.. tapi nasib baik Alya ade, dy yang tolong aku.. terima kasih alya.. kalau kau tak de time tu, aku tak tau nak buat ape ya.. lepas buat report polis, Alya bawak aku pergi tribunal pengguna pulak.. ingatkan terus boleh buat aduan, rupanya banyak step yang aku kene buat lagi before aduan di buat..
STEP yang kene aku buat :
1. Ambil borang aduan dan isi..
2. Lampirkan statement bank, sbb nak tau duit tu pegi dekat acct company or acct persendirian.. kalau dekat acct persendirian, aku kene buat report polis yang kedua..
3. Lepas dah tau nama company, kene pegi ssm untuk dapatkan maklumat company termasuk nombor pendaftaran syarikat.
4. Bila semua maklumat dah ada buat 4 salinan dan baru dihanta ke tribunan pengguna.. lepas tu nanti tribunal akan ambil 2 set dan lagi 2 set dy pulang dekat kite untuk kite hanta 1 set tu kepada company yang kite nak saman..
Lepas tau step2 dia, aku balik dengan hati yang berat.. masa tu ayah tak tau duit aku rm2000 dah kene kebas.. yang ayah tau aku bawak balik induction cooker je.. so bila aku sampai ruma, ayah ajak pergi pulangkan dekat si Fakhul tu (salesman arrezzo).. Bila aku sampai, si Fakhul tu tak de, yang ade kawan2 dia.. Mula2 diorang tak bagi aku buat pembatalan and pulangkan industion cooker tu.. Tapi ayah tetap bertegas.. and than kawan dia cakap rm2000 aku akan di bayar balik pada hari khamis, which is lagi 2 hari.. Ayah sangat terkejut masa tu.. sebab aku tak bagi tahu langsong pasal duit tu..aku takot sangat2 nak bagi tahu..
Tapi nasib baik, ayah tak marah time tu..and than lepas bincang2 and tunjukkan laporan polis dekat diorang baru diorang setuju untuk settle kan cara baik..Bila tiba hari khamis, aku dan ayah datang kembali ke tesco plentong.. aku sampai ke tesco tersebut aku dapati booth diorang dah tak de.. aku punye menggigil hanya Allah je yang tahu.. aku call si fakhul tu banyak kali, tak angkat.. aku macam nak maki je.. tapi still dapat kawal diri.. last2 aku pergi giant plentong and dapat jumpa diorang kat sane.. bila aku tanya knpe tak angkat phone alasan dia dekat tandas.. PENIPU!!!!
Ayah cakap baik2 dengan dia, masa tu suare aku dah tinggi lah.. memang dah tak mampu nak tahan sabar lagi..lepas bincang baik2 dia setuju untuk bag cek tu dekat aku esoknya iaitu hari jumaat.. pkl 10 pagi dia janji untuk call aku.. tapi bila esok aku tunggu sampai pukul 11 lebih, still tak de panggilan dari dia.. aku call, tak angkat.. pukul 2 baru dia angkat phone.. and than dia cakap cek tu bos dia tak sign lagi sebab dekat luar negara..lepas tu dia cakap prosess bank lama, dia suruh aku tunggu lagi 2 minggu.. dia ingat aku bodoh ke hape..haaaiiissshhh
Aku tanya kawan aku, sufi cakap proses tu memang lama, tapi its depends on company..and than bila aq desak2 dia, dia cakap 28hb 4 nanti dia akan bagi cek tu dekat aku..petang tu ayah jumpa dia and ambil 1 induction cooker and 1 set periuk as a guarantee..
Hari silih berganti, akhirnya minggu yang dijanjikan tiba.. pagi isnin 27hb, aku call fakhul lagi..tapi phone off.. aku dah cuak sangat2.. nasib baik aku ade wechat dia, aku call banyak2 kali melalui wechat dia.. setelah hampir 20x baru dia jawab.. tu pon dia mesej je.. suruh aku call nombor manager dia.. kurang ajar gile.. aku pon call manager dia, you know what, manager dia boleh cakap bende yang same.. bos dia ade dekat luar negara and nanti dia akan call aku.. peerrgghhh aku punye bengang masa tu, macam nak tumbuk je muka dia.. pakkal je dekat phone..
Esok pagi aku terus mintak keluar dekat kak asrah.. nasib baik kak asrah memahami.. so pagi tu pukul 9, aku keluar dari site and terus pegi jumpa ika dekat skudai..ika teman aku pergi bank cimb dekat taman U.. yang paling buat aku nak gugur jantung bila bank tak dapat trace duit tu pegi ke acct siapa.. dia just state withdraw by MEPS.. aku terus pegi balai polis Taman U untuk buat report kali kedua.. lama jugak aku dekat sane.. pukul 1 baru siap report..
Lepas siap report polis, aq dapat panggilan dari fakhul.. dia nak jumpa aku dan ayah petang tu sebab nak bga duit.. ayah aku rupanya dah call dia dulu masa aku tengah buat report polis.. walaupon dia cakap dia akan bagi petang tu, semua documentation untuk buat aduan pengguna aku dah siapkan.. kalau tak dapat duit petang tu, aku terus nak pegi hanta ke tribunal pengguna.. Aku janji nak jumpa dia pukul 6 petang lepas balik keje, tapi disebabkan jalan jem luar biasa hari ti lambat sikit aku jumpa.. sampai je giant plentong aku call si fakhul tu, tapi dia tak jawab..banyak kali aku call, dia tak angkat.. aku dah risau gile.. aku cari2 and than jumpa booth dia.. time tu aku dah menggigil dah, semua borang aduan tribunal, report polis semua aku dah siapkan..
Sampai je dekat booth dia, si fakhul tu tak de.. yang ada cume kawan2 dia.. Diorang cakap, dia pergi makan.. so aku and ayah tunggu dekat situ.. bila dia sampai, ayah start bukak mulut..and than dia cakap dia bayar by cash, cume tak cukup lagi rm200 sebab dia kene deduct from account pekerja dia.. yang masuk account syarikat only rm1900.. so aku terpaksa tunggu sampai 15hb baru semua selesai.. Lepas dia bagi duit and aku pon pulangkan barang2 dia semua.. Sangat lege bila semuanya dah selesai..
So as a conclusion, jangan cepat terpedaya dengan salesman2 ni, especially yang bukak booth kat tepi2 dalam shopping compleks tu. Learn to say NO and dont ever2 dekati dorang.. bile dorang dah dapat korang, diorang tak kan lepaskan korang macam tu je.. PENGAJARAN sangat bagi aku, sebab aku tak tegas dalam keputusan aku.. lepas ni rase macam trauma pulak nak jalan sorang2 dekat shopping compleks.. huuu 😔😔
Kepada kawan2 aku semua, ambil lah pengajaran dari kisah ni, lepas ni sentiasa beringat.. duit memang la boleh cari,tapi korang kene fikir, susah payah korang cari duit tu and hilang macam tu je. Such a wastes semua usaha korang.. and JANGAN srkali2 bagi card bank or password korang dekat sape2.. PLEASEEEE JANGAN!! OK tu je nasihat dari aku..