I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, July 13, 2012

Assalamualaikum...

Memandangkan hari ni hujan turun dengan lebatnya di Batu Pahat ini, ia menyebabkan aku sangat malas mau membuat kerja.. masuk opis pon pukul 9.50 pagi tadi..nampak tak pemalasnye disitu.. Actually banyak je keje aku kat opis ni yang belom settle lagi.. tapi memandangkan fana pon dah balik jb, tinggallah daku keseorangan di opis ini.. lagi la membuatkan aku tak derk mood betol nak bekerja..kalau ade minah sorang tu, boley la jugak bebual - bual hilangkan bosan kan...


So, untuk mencari kembali mood bekerja itu, aku nak update blog dulu... korang mesti rindu kat aku kan setelah sekian lame tak update blog.. hew hew.. (macam la aku ni retis kan nak rindu2 bagai.. puuii)..

Ok lah...tak nak lah bebel panjang - panjang... korang nengok la gambar - gambar kat bawah ni.. Ni la hasil aku menggedik kat dewan UTHM bersama - sama fana... 

KEJE YANG TAK PENAH NAK HABES.. -_-"

Meje peperiksaan.. Kalau kat poli dulu, tempat ni la yang paling aku takut nak masok.. hew hew..

Menggedik jap sebelom meje - meje ni di hangkot balik oleh Pihak UTHM..huhu

Berangan je keje budak ini... ^^





Tuesday, July 10, 2012

Dewan Serbaguna UTHM

Assalamualaikum

Hye korang..hhuurrmm...agak lama kan aku tak update blog.. so hari ni nak update entry yang paling simple punye..heee... Untuk pengetahuan korang, aku dah kene transfer ke UTHM dah sebulan aku duduk sini.. keje kat sini banyak gilerrr.. bejuta - juta lemon punye...nak tak nak kene la terima kan.. nak cari rezeki untuk anak - anak la kate kan.. hew hew~~ 

ok la.. ta mau bebel panjang - panjang.. name pon entry simple pimplekann...so korang tengok la gambar - gambar ni k..



It's me!!..Jurufoto PEROPESIONAL habes...~~(sila sebut ikut spelling ok!) ^^,

This is fana...my assistant yang paling rajin GILER!!... kalau tak de dia, mau gile aku kat sini...

This is pump....mengikut kate supervisor M&E aku la.. pump ni digunakan untuk hantar udare sejuk ke dalam bangunan a.k.a Dewan UTHM ni la...besau kan...~~

Ni la mesin pump nyer...bunyi dia menyeramkan u know... yang colour biru tu chill water pump... yang warna hijau tu condensor water pump..spelling dia tah betol ke tak.. tu aku tak tau...hew hew..

Kalau tak silap aku.. menatang ni la yang menunjukkan pada kita pressure udara sejuk tu di alirkan...

Cik fana sebok melihat keadaan sekeliling... tah dia faham ke tak tu.. haha..
Yang sebelah kiri tu la supervisor M&E aku.. name dia En. Din cute.. hee ^^

Total pump yang ade dalam chiller room ni...banyak kan...




Cik fana bersama dengan cooling tower nyer... first time aku nengok menatang ni.. jakon tahap gaban... lebih - lebih lagi bile air dia start bergerak... hhaaiiisshhh...

She's so pretty kan..

Fana lagi...hhuurrmmm..korang jangan compius pulak...ni blog Miss Myzatul yew... fana ni memang giler foto..so dalam camera aku ni memang banyak gambar dia je la...~~


Tekun mendengar penerangan dari En.Din.. huhu 




Last but not least...aku dah dimok..~~ Ok fine.. bubye.. ^^


p/s: gambar yang ta de description tu aku tak tau nak tulis ape.. so korang tafsirkan la sendiri yer.. =)

Thursday, February 9, 2012

Rahsia Personaliti Huruf Pangkal Nama

Name korang huruf apee ? nak tahu ? tengok laa sendiri ♥

Rahsia Personaliti Huruf Pangkal Nama .

huruf A
Ramah dan murah senyuman.Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas.Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

huruf B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya.Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya sangat mudah tersinggung.

huruf C
Ramah dan pandai berbicara.Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

huruf D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

huruf E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

huruf F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala.Mereka juga sukar memaafkan.Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

huruf G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

huruf H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

huruf I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

huruf J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

huruf K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia

huruf L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya tidak menepati masa.

huruf M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

huruf N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

huruf O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

huruf P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

huruf Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

huruf R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

huruf S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji.Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

huruf T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

huruf U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

huruf V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri.Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

huruf W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

huruf X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

huruf Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

huruf Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Monday, January 16, 2012

Release Tension Bersama Teman Seperjuangan...

 Assalamualaikum....

Hye u all's...Dah lama kita tak bersua kan...almaklum lah...sejak - sejak naik poly ni aku agak busy dengan aktiviti kat sini..lebih - lebih lagi bila dah sem last ni..Nak kena cari idea untuk  final project lagi...sampai tak tidur malam aku dibuatnya...madah kene reject je...tension mak nyah...

Bertambah - tmabah tension lagi bila aku kene bekerjasama dengan makhluk Allah yang asyik nak perfect je keje nye...pastu nak kene ikot kepala otak dia je...susah kau tau..langsung tak nak bertolak ansur dengan ahli group yang lain..kita ni susah payah la fikirkan idea yang terbaik..tapi dia?? hhuuiisshhh malas la aku nak bebel pasal dia...boleh kene penyakit hati u know..

Nak di pendekkan cerita, akibat tekanan jiwa yang agak teruk melanda diri aku minggu lepas, Seela @ roomate @ BFF aku ajak aku pegi release tension kat banda melaka..agaknya dia pon rimas tengok diri aku yang serabot tu..

Aku pergi berlima..semua budak - budak kelas aku...Antaranya shafiq, acid, payed, seela & aku...Korang nak tau aktiviti apa yang aku buat???haaa...tengok la gambar - gambar kat bawah ni...malas aku nak taip panjang - panjang..nanti bukan korang nak baca pon..huhu...

Aktiviti pertama yang kitorang buat mesti la MAKAN...!!!dari pagi tau aku tak makan..busy sangat - sangat...pagi - pagi lagi ada perjumpaan dengan group..tak sempat nak sarapan..sebab takot lambat..pastu petangnya, kene pegi site..1 hari aku kat site..nasib baik lah tak kene gastrik...hhuuiisshh...

Aktiviti yang kedua pulak, main bowling...mula - mula aku tak nak main...sebab seela tak main sekali..lagi pon aku tak pandai sangat main bowling ni...but, after seela pujuk, aku pon decide join lah jugak...


Aku main baling je bola tu..tak sangke pulak tinggal 1 je pin yang tinggal..hoho..tere tak aku???hiii


Amboi - amboi payed....bukan main lagi...

 Shafiq dengan gaya PROFESIONAL nya....

Walaupun tak bergaya seperti shafiq, namun, kau jangan pandang sebelah mata sahaja...dia lah juara pada malam tu kau tau..hahaha



After main bowling...kitorang pergi karaoke pulak...agak berkesan jugaklah cara ni...walaupon suara tak berapa nak sedap..tapi sangat puas sebab dapat jerit kuat - kuat...hehehe

Last aktiviti ialah lepak kat sebelah jambatan hang jebat...kalau tak silap aku lah...hehe..

Cantikkan jambatan kat belakang tu...



 Ni namanya kerja gila...nasib baek tak jatoh..


2 orang mamat di atas bajet hensem..huhu

Jangan salah paham k..aku bukan penari tiang...sekian..

Sampai sini je entry kali ni...sekian...

P/S : Thanks sudi baca karangan aku...=)

Thursday, December 22, 2011

Bubye JB..Welcome MerLEMON.. =)

Assalamualaikum..

Hye semua...Hari ni merupakan hari terakhir aku dekat JB ni...Hati ni berat sangat - sangat nak tinggalkan jb...Lepas ni dah tak boleh nak makan masakan ibu lagi..hhuuaaa rindu nyee...huuuu...Tapi nak buat macam ne lagi kan...Perjuangan perlu diteruskan juga..tinggal lagi 1 sem jerk lagi....Macam tak caye pulak dah last sem..rasa macam baru semalam aku daftar masuk Poli MerLEMON tu...pergi orentasi, pastu dapat kenal ramai kawan - kawan walaupon bukan dari jabatan yang sama...huuiisshh..rindu nye zaman - zaman tu..

Kejap lagi aku dah nak betolak balik merLEMON..skrg ni dah pukul 9.22 a.m...nak gerak pukul 11..tapi barang - barang belum siap pack lagi...pastu sempat lagi aku nak update entry...elok sgt la tu kan...suke buat keje last2 minit...bila tinggal setengah jam...baru lah aku nak kelangkabot...haaiisshh..perangai tak penah nak berubah..hahaha...kadang - kadang aku pelik, bukan aku sorang jerp..budak - budak kelas aku pon same macam aku..suke buat kerja last - last minit...tak yah bagi banyak contoh la...tengok time buat assignment suda...selagi belum tibe hari yang nak di hantar, selagi tu kitorng buat tak tau jerp ngan assignment tu...befoye - foye je keje nyer..haha..Memang resam student engineering ni suke buat keje last - last minit ke hape???huhu...

Ok lah..aku tak boleh nak bebel panjang - panjang...aku target kol 10.15 aku mesti dah siap kemas..hee....sekarang dah pukul 9.45...aku ade masa lagi 30 minit jee lagi..korang tengok la gambar aku dengan budak - budak kelas aku ni k..Bubye... ^^

Sem 1..masa ni tengah polibregate...cube la cari aku kat ne..huhu

Sem 2...waktu ni kat depan kitorang ade adegan perbahasan tak di iktiraf..hahaha~~


Sem  3...Bergambar dengan awex baru Udin,,hiiii...cube la cari awex udin..~~

Sem 4 tak de gambar..sebab kitorang pergi latihan industri...heee..=)


Sem 5..Ni gambar terakhir kitorang dengan arwah Fara & Arwah Alang...Rindu mereka berdua...semoga mereka berdua di tempatkan dikalangan orang - orang yang beriman...amin..



Tuesday, December 6, 2011

Mood Jepun dah mari dahhh!!!

Assalamualaikum...

Hye ... Malam ni mood aku tengah angau nak melayan cerita jepun... Dah tiga hari beturut - turut mood ni datang... So, bagi memenuhi keinginan aku yang agak meninggi ini, aku pon ape la lagi kan...Layan kan jela..kalau tak di layan nescaya kerja lain yang aku buat gerenti tak menjadi punya lah... 

Cerita Jepun yang menjadi pilihan utama aku sejak 2 hari yang lepas adalah Nodame Cantabile..Cerita yang fully akan buat kan aku enjoy gile vavi bila menontonnya..pastu jalan cerita dia pon tak la se"complicated" cerita melayu or indonesia yang merepek meraban tu...sempoi dan kelakar..heee... Tapi aku tengok cerita ni kat you tube jerk...nak tunggu dia loading memang betahun gile...bertambah lagi dengan internet yang agak slow, lagi la memerlukan kesabaran yang amat lah tinggi... but aku tak kisah semua tu..yang penting aku dapat tengok cerita ni sampai habis...Disebabkan masalah internet ni  la aku memerlukan masa sampai 3 hari untuk menghabiskan cerita ni...huhu..sangat penyabar kan aku ni.. sila la beri tepukan yang gemuruh kepada aku sebab berjaya menunggu dengan penuh sabar tanpa sedikit pon memaki hamun line internet yang tersangat la laju ini...huuuhhh!!

Actually kat dalam lappy aku dah ada dah cerita ni...(Rembat kat hard disk Udin)...Tapi just part 1 je la..Part 2 & special europe tak de lagi....Nak download, tapi aku tak geti la pulak...Asyik nak kene bayar jerp bila aku try nak download cerita ni...Memang sakit hati giler lah..At last terpaksalah aku tengok kat you tube jerp..nasib baik la ade orang upload kat you tube ni...kalau tak, memang kempunan lah aku nak tengok cerita ni..heee..( KALAU KORANG TAU MACAM NE NAK DOWNLOAD CERITA JEPUN OR KOREA FOR FREE, AJAR LA AKU...PLEASEEE...!!)

Kalau korang nak tau, cerita ni best sangat - sangat tau..Ia mengisahkan tentang Kehidupan seorang perempuan yang amat pandai bermain piano yang tengah belajar di Paris..her name is Noda Megumi..just call Nodame..Nodame ada seorang boyfriend, name dia Shinici Chiaki...Chiaki ni seorang conductor dalam ochestra...Watak Chiaki ni penuh dengan charisma dan sangat2 la cool ok..Nodame ni pulak, tak sama dengan Chiaki...perangai dia ni penuh dengan kebudak - budakan dan sangat la cute...aku sangat suka bila Nodame cakap "gyabo & mukya"...Bertambah lagi dengan memek muka dia...ppeerrgghhh!!!comel gile..^^,

Kat dalam cerita ni, banyak jugak la pengajaran yang dapat aku amek...Antaranya, kita kene berusaha bersungguh - sungguh untuk mencapai cita - cita kita, jangan cepat putus asa, kene sentiasa rajin buat sesuatu untuk meningkatkan prestasi kita, lagi, kene pandai sesuaikan diri bila kita kat tempat orang & macam- macam lagi lah... Aku memang kagum gila dengan semangat yang ditunjukkan oleh Nodame & Chiaki dalam cerita ni..Diorang sanggup tak tido berhari - hari semata - mata nak pastikan diorang dapat menguasai Sesuatu music tu dengan baik... Pastu kisah percintaan diorang pon best walaupon tak la se"Romantik" dalam cerita Korea...

Dalam cerita ni banyak juga lah aku dapat belajar tentang sejarah Classic music luar negara ni..Antaranya, Bethoven, Mozard, Sonata & macam - macam lagi lah..memang best gila...aku ni dah la jenis yang suka music...Jeles gila bila tengok diorang main peralatan music tu...Terutamanya Biola & Piano...ppeerrgghhh...Rasa macam nak main jugak menatang tu...hhiisshh!!Geram...heee=)

Kalau korang nak tengok cerita ni, klik jerp video kat bawah ni...huhu..






Tiba - tiba nak jadi macam Nodame pulak...Walaupun perangai dia yang kebudak - budakan tu, tapi dia seorang yang kuat semangat, tak pernak kenal erti putus asa, rajin, baik hati dan yang paling penting selalu buat orang sekeliling dia happy bila bersama dia..tu yang paling aku suka dekat Nodame ni...

Kalau la dapat boyfriend or husband macam Chiaki ni, peerrrgghhh!!sangat la beruntung..dah la hensome..pastu pandai pulak tu...Perangai dia yang sentiasa cool & penuh dengan charisma tu buat kan aku jatuh hati pulak..Walaupon dia ni tak pandai nak romantik - romantik, tapi at least dia take care dengan pasangan dia..tu yang paling aku suka..(Dah mula dah nak start berangan)..heee...

Ok lah..Dah nak pukul 1 dah..esok aku kene keje lagi...wwaarrrgghhh!!!malas gila nak kerja...Tapi demi untuk mencari sesuap nasi, terpaksa lah aku kerja dengan penuh dedikasi..Ceeehhhh!!ayat tak boleh bla..bubye...


P/S : Thanks sudi baca karangan aku...=)

Saturday, December 3, 2011

Ibu bercinta dengan anak sendiri...!!

Assalamualaikum...


Hye u all's...Baru - baru ni aku ada baca + tengok tentang kisah benar yang di papar - paparkan dekat blog kawan aku...Faez nama dia...kalau korang korang nak pergi blog dia..klik SINI. 

Dunia ni memang dah nak kiamat ke??Banyak betol perkara yang pelik - pelik dok belaku zaman sekarang ni...IBU BERCINTA DENGAN ANAK SENDIRI...!!kau gila ke apa???dah tak derk jantan lain ke kau nak bercinta erk???kalau stakat sayang jerp, aku tak bape nak kisah sangat la...ye la, sayang seorang ibu terhadap anak dia kan...ni tak, sayang nya melebih - lebih pulak..sampai jadi CINTA SONGSANG... Macam ni la jadi nye bila iman kita tak kuat... Haaiisshhh!!!Selisih malaikat 44... Yang si ibu pulak langsong tak de perasaan malu...pelik betol aku...anak dia ni pon sama je...nama je lelaki..tapi penakut...kau lebih rela buat zina daripada kau kena halau dengan mak kau erkk.. akai tak de ke???

Korang tengok lah video kat bawah ni..aku tak sanggop nak tengok lagi...kang mulut aku ni tak henti nak memaki hamon..lebih baik tak payah..




Cerita diorang ni buat kan aku teringat kat cerita kisah dongeng LAGENDA SANGKURIANG... Macam ne aku tau lagenda ni...??? sebab aku penah tengok dekat TV3 dalam kisah - kisah dogeng tu...yang selalu start pukul 4.30 ptg... heee...rancangan favourite aku tu kalau korang nak tau..huhuhu...

Haaa???Korang nak tau cerita LAGENDA SANGKURIANG ?? huurrmmm...  meh stay dalam blog aku lama - lama sikit..aku cecita kisah tu kat korang...

Ok..cerita ni bermula macam ni...Ada seorang ibu ni..dia mengandung dan melahirkan anak... tapi, anak yang dia lahirkan tu bukan jadi manusia...tapi jadi seekor anjing (maybe sebab kene sumpahan agaknya..orang endonkan banyak cerita pasal sumpah - sumpah ni kan..)... pastu nak elak daripada malu, dan di caci maki oleh orang kampung, si ibu ni buang la anak dia (seekor anjing) dekat dalam hutan...masa nak buang tu, anak dia tak nak pergi tau...pastu mak dia ni pukul la kepala anak dia sampai la ada tinggalkan kesan parut...

Nak di pendekkan cerita, si anak ni bertapa dekat dalam hutan sampai bertahun lamanya sehingga berjaya mengubah dirinya menjadi seorang manusia (Namanya SANGKURIANG)... bila dah jadi manusia, si anak pon pergi merantau.. Masa dia merantau ni, dia terjumpa seorang wanita cantik (Mak dia...awet muda gila mak dia ni...), lalu jatuh cinta..perempuan tu pon  jatoh cinta dekat dia jugak... (mak dia tak tau yang Sangkuriang ni anak dia..yela, dia mesti la ingat anak dia seekor anjingkan...)so diorang pon bermadu asmara la.. masa dok happy - happy bermadu asmara, mak dia ni ternampak parut kat kepala Sangkuriang ni...pastu dia tiba - tiba teringat dekat anak dia... and than, selidik punya selidik, so betol la tekaan mak dia ni, yang Sangkuriang ni anak dia... But Sangkuriang tetap tak nak terima hakikat dan tetap nak kawin jugak dengan mak dia...

So demi nak mengelakkan kena kawin dengan Sangkuriang, mak dia suruh Sangkuriang ni salurkan air dekat kawasan perkampungan diorang....kalau Sangkuriang berjaya salirkan air tu sebelum matahari terbit esok hari, Sangkuriang boleh kawin dengan mak dia...So Sangkuriang pon berusaha sampai la esok hari...(Dia ni kan ada sakti..so mesti la dia boleh buat bende tu kan..)..so mak dia ni tau yang Sangkuriang akan berjaya, maka, mak dia pon bangun awal esok pagi dan bunyikan Gong ke hape tah...yang penting bende tu boleh kejutkan ayam dan buatkan ayam berkokok..Orang - orang kat sana anggap, kalau ayam berkokok, maka matahari dah terbit lah...tu yang mak Sangkuriang ni pi kejutkan ayam.. Lagi sikit je lagi, Sangkuriang nak berjaya, tapi di sebabkan ayam berkokok awal hari tu, so, kiranya Sangkuriang tak berjaya lah...So, sampai situ jela THE END of the story tu...aku pon tak tau apa jadi dekat Sangkuriang.. Kalau korang nak tau apa jadi kat Sangkuriang tu, korang pegi la pinjam DORAEMON mesin masa...pastu kalau korang dah tau, cerita lah kat aku pulak k..huhu...

Ok lahh.sampai sini je la entry kali ni..Esok aku kene bangun awal...nak kene tolong pakcik aku kat restoran...bubye..^^,

P/S : Thanks sudi baca karangan aku...=)