I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, April 30, 2015

Kes Penipuan Arrezzo Part 3

Assalamualaikum..

Tadi pukul 10. 30 pagi, aku dapat mesej dari inspector faizan, anggota yang siasat pasal kes ni.. mungkin dia call aku tapi tak dapat kot.. sebab aku pegi site masa tu.. bila balik baru perasan.. so, inspector tu suruh aku datang IPD Seri Alam untuk buat pengecaman.. aku tak pasti sama ada dia tangkap orang jahat tu masuk jail or ape.. Aku kalau boleh nak settledkan kes ni cepat, dah penat nak fikir lagi.. kalau dia setuju bayar cash dekat aku rm200 petang ni jugak, boleh la tutup kes kan.. tapi kalau tak jugak bayar balance rm200 tu, terpalse la kes berpanjangan sampai 15hb nanti.. huuu Doakan agar semua berjalan lancar k...
Ok itu je nak bagi tahu..

Wednesday, April 29, 2015

Kes Penipuan Arrezzo Part 2

Assalamualaikum..

Hari ni nak sambung cerita hari tu..Pasal kes penipuan Arrezzo.. Ok first of all aku nak panjat syukur ke  hadrat Illah sebab permudahkan segala2 nya.. Alhamdulillah semuanya sudah selesai.. Terima kasih buat kawan2 yang banyak menolong dan bagi nasihat ta henti2 ketika aku susah hari tu.. Sangat berayukur sebab ada kawan macam korang semua.. Terima kasih tak terhingga aku ucapkan especially buat Syed, Alya, Seela, Panjang, Yusri, Ika and Kak Asrah.. Tak lupe juga buat kak dahlia, Effa, bos en.azmie dan cik Yati (untie).. Jasa korang semua tak dapat aku balas.. hanya doa yg dapat aku berikan..  semoga kamu semua dilindungi Allah dan dijauhi dari segala bencana dan malapetaka.. Amin

Alhamdulillah, si penjual tu dah pulangkan duit aku semula, walaupon tinggal balance lagi rm200 belum di lansaikan, at least aku boleh tarik nafas lega 90% dari duit kerugian dah dapat kembali.. Sambungan daripada part 1 hari tu, lepas aku sedar aku telah ditipu, aku cepat2 pergi buat laporan polis..Alya lah yang teman aku masa hari tu..Dari pasir gudang aku terus jumpa Alya dekat skudai, dengan pakai baju coverall, muka compang camping, selendang senget sampai rambut terkeluar semua, aku dah tak kesah dah semua tu.. yang aku tau, aku nak jumpa Alya cepat.. tu je.. Lepas jumpa Alya, Alya yang drive kete, aku dah tak mampu nak drive lagi dah.. kaki lemah dangat2.. Dia bawak aku pergi buat report dekat balai polis Taman U..Aku tak pernah buat report polis before ni..aku takot sangat2 masa tu.. tapi nasib baik Alya ade, dy yang tolong aku.. terima kasih alya.. kalau kau tak de time tu, aku tak tau nak buat ape ya.. lepas buat report polis, Alya bawak aku pergi tribunal pengguna pulak.. ingatkan terus boleh buat aduan, rupanya banyak step yang aku kene buat lagi before aduan di buat..

STEP yang kene aku buat :
1. Ambil borang aduan dan isi..
2. Lampirkan statement bank, sbb nak tau duit tu pegi dekat acct company or acct persendirian.. kalau dekat acct persendirian, aku kene buat report polis yang kedua..
3. Lepas dah tau nama company, kene pegi ssm untuk dapatkan maklumat company termasuk nombor pendaftaran syarikat.
4. Bila semua maklumat dah ada buat 4 salinan dan baru dihanta ke tribunan pengguna.. lepas tu nanti tribunal akan ambil 2 set dan lagi 2 set dy pulang dekat kite untuk kite hanta 1 set tu kepada company yang kite nak saman..

Lepas tau step2 dia, aku balik dengan hati yang berat.. masa tu ayah tak tau duit aku rm2000 dah kene kebas.. yang ayah tau aku bawak balik induction cooker je.. so bila aku sampai ruma, ayah ajak pergi pulangkan dekat si Fakhul tu (salesman arrezzo).. Bila aku sampai, si Fakhul tu tak de, yang ade kawan2 dia.. Mula2 diorang tak bagi aku buat pembatalan and pulangkan industion cooker tu.. Tapi ayah tetap bertegas.. and than kawan dia cakap rm2000 aku akan di bayar balik pada hari khamis, which is lagi 2 hari.. Ayah sangat terkejut masa tu.. sebab aku tak bagi tahu langsong pasal duit tu..aku takot sangat2 nak bagi tahu..

Tapi nasib baik, ayah tak marah time tu..and than lepas bincang2 and tunjukkan laporan polis dekat diorang baru diorang setuju untuk settle kan cara baik..Bila tiba hari khamis, aku dan ayah datang kembali ke tesco plentong.. aku sampai ke tesco tersebut aku dapati booth diorang dah tak de.. aku punye menggigil hanya Allah je yang tahu.. aku call si fakhul tu banyak kali, tak angkat.. aku macam nak maki je.. tapi still dapat kawal diri.. last2 aku pergi giant plentong and dapat jumpa diorang kat sane.. bila aku tanya knpe tak angkat phone alasan dia dekat tandas.. PENIPU!!!!

Ayah cakap baik2 dengan dia, masa tu suare aku dah tinggi lah.. memang dah tak mampu nak tahan sabar lagi..lepas bincang baik2 dia setuju untuk bag cek tu dekat aku esoknya iaitu hari jumaat.. pkl 10 pagi dia janji untuk call aku.. tapi bila esok aku tunggu sampai pukul 11 lebih, still tak de panggilan dari dia.. aku call, tak angkat.. pukul 2 baru dia angkat phone.. and than dia cakap cek tu bos dia tak sign lagi sebab dekat luar negara..lepas tu dia cakap prosess bank lama, dia suruh aku tunggu lagi 2 minggu.. dia ingat aku bodoh ke hape..haaaiiissshhh

Aku tanya kawan aku, sufi cakap proses tu memang lama, tapi its depends on company..and than bila aq desak2 dia, dia cakap 28hb 4 nanti dia akan bagi cek tu dekat aku..petang tu ayah jumpa dia and ambil 1 induction cooker and 1 set periuk as a guarantee..

Hari silih berganti, akhirnya minggu yang dijanjikan tiba.. pagi isnin 27hb, aku call fakhul lagi..tapi phone off.. aku dah cuak sangat2.. nasib baik aku ade wechat dia, aku call banyak2 kali melalui wechat dia.. setelah hampir 20x baru dia jawab.. tu pon dia mesej je.. suruh aku call nombor manager dia.. kurang ajar gile.. aku pon call manager dia, you know what, manager dia boleh cakap bende yang same.. bos dia ade dekat luar negara and nanti dia akan call aku.. peerrgghhh aku punye bengang masa tu, macam nak tumbuk je muka dia.. pakkal je dekat phone..

Esok pagi aku terus mintak keluar dekat kak asrah.. nasib baik kak asrah memahami.. so pagi tu pukul 9, aku keluar dari site and terus pegi jumpa ika dekat skudai..ika teman aku pergi bank cimb dekat taman U.. yang paling buat aku nak gugur jantung bila bank tak dapat trace duit tu pegi ke acct siapa.. dia just state withdraw by MEPS.. aku terus pegi balai polis Taman U untuk buat report kali kedua.. lama jugak aku dekat sane.. pukul 1 baru siap report..

Lepas siap report polis, aq dapat panggilan dari fakhul.. dia nak jumpa aku dan ayah petang tu sebab nak bga duit.. ayah aku rupanya dah call dia dulu masa aku tengah buat report polis.. walaupon dia cakap dia akan bagi petang tu, semua documentation untuk buat aduan pengguna aku dah siapkan.. kalau tak dapat duit petang tu, aku terus nak pegi hanta ke tribunal pengguna.. Aku janji nak jumpa dia pukul 6 petang lepas balik keje, tapi disebabkan jalan jem luar biasa hari ti lambat sikit aku jumpa.. sampai je giant plentong aku call si fakhul tu, tapi dia tak jawab..banyak kali aku call, dia tak angkat.. aku dah risau gile.. aku cari2 and than jumpa booth dia.. time tu aku dah menggigil dah, semua borang aduan tribunal, report polis semua aku dah siapkan..

Sampai je dekat booth dia, si fakhul tu tak de.. yang ada cume kawan2 dia.. Diorang cakap, dia pergi makan.. so aku and ayah tunggu dekat situ.. bila dia sampai, ayah start bukak mulut..and than dia cakap dia bayar by cash, cume tak cukup lagi rm200 sebab dia kene deduct from account pekerja dia.. yang masuk account syarikat only rm1900.. so aku terpaksa tunggu sampai 15hb baru semua selesai.. Lepas dia bagi duit and aku pon pulangkan barang2 dia semua.. Sangat lege bila semuanya dah selesai..

So as a conclusion, jangan cepat terpedaya dengan salesman2 ni, especially yang bukak booth kat tepi2 dalam shopping compleks tu.  Learn to say NO and dont ever2 dekati dorang.. bile dorang dah dapat korang, diorang tak kan lepaskan korang macam tu je.. PENGAJARAN sangat bagi aku, sebab aku tak tegas dalam keputusan aku.. lepas ni rase macam trauma pulak nak jalan sorang2 dekat shopping compleks.. huuu 😔😔
Kepada kawan2 aku semua, ambil lah pengajaran dari kisah ni, lepas ni sentiasa beringat.. duit memang la boleh cari,tapi korang kene fikir, susah payah korang cari duit tu and hilang macam tu je. Such a wastes semua usaha korang.. and JANGAN srkali2 bagi card bank or password korang dekat sape2.. PLEASEEEE JANGAN!! OK  tu je nasihat dari aku..

Wednesday, April 15, 2015

Kes Penipuan Arezzo

Assalamualaikum..

Pagi yang indah untuk orang lain, tapi bukan yang indah bagi aku.. Semalam aku dan kawan aku ke pasaraya Tesco Plentong untuk belanja barang dapur.. Sesampainya aku di pasar raya tersebut, aku telah disapa oleh seorang perempuan Sabah dan memberikanku sebuah bungkusan.. kononnya sebagai hadiah.. Kemudian dia menarik aku untuk pergi ke booth dia..Selepas tiba di boothnya, seorang lelaki sabah bernama Fakhrul memperkenalkan product yang sedang dipromosikan.. aku pada mulanya menolak untuk membeli apa sahaja yang dijual.. kemudian seorang lelaki yang lain mencelah dan memberitahu yang mereka tidak memaksa untuk membeli, tetapi hanya untuk mencari orang agar menyokong website yang baru dilancarkan..

So aku pon tanpa berfikir panjang menulis segala butiran yang diperlukan.. kemudian sebelum aku mengangkat kaki dari booth tersebut seorang perempuan melayu memberikan 2 keping card discound, dan lelaki tersebut mengoyakkan serta memberikan kepada aku dan rakanku seorang lagi.. Discound card yang pada tangan aku tertera RM1000 dan rakan ku rm100. Kemudian lelaki tersebut pura2 terkejut dan mengatakan kebiasaanya orang yang membuka card tersebut hanya mendapat rm100 discound, tapi card yang ada pada aku bernilai RM 1000.. selepas itu, dia menghubungi seseorang yang kononnya bos meraka yang berda di KL untuk mengesahkan sama ada card tersebut valid or not.. aku hanya perhatikan sahaja perlakuan mereka.. setelah  berbincang, lelaki itu memberi aku telefon tersebut untuk bercakap sendiri dengan bosnya..Bosnya menyuruh aku membaca bar code yang terdapat di belakang card diacount tersebut, dan kemudian memberitahu bahawa card tersebut valid.. company mereka hanya menyediakan beberapa card diacound yang bernilai 1000. Dan mengatakan aku diantara yang bertuah.. pada ketika itu aku seperti tak percaya dan agak blur.. kemudian seorang perempuan melayu menghampiriku dan mengatakan "wahh!! Bertuahnya akak" aq pandang wajahnya dan cakap, "xpelah u ambil lah.. I xnak.."

Perempuan tu memujuk2 aku dan lelaki yang bernama fakhrul tadi pula meminta ic dan bank card aku..aku macam dalam separuh sedar, aku terus membuka beg dan memberikan kepadanya..sedangkan dalam hati aku, aku tak nak.. kemudian dia memasukkan card ke mesin debit dan menyuruh aku memasukkan password.. aku tak nak tekan tapi entah lah.. aku seperti tak boleh nak bantah apa yang dia suruh.. 3x aku menekan password, dan mereka mengatakan mesin tersebut rosak.. mereka perlu membuat secara manual.. mereka photostat ic dan bank card aku dan mula menulis resit pembelian.. sekali lagi aku cakap, aku tak nak.. tapi mereka terus mengasak2 aku dan mengatakan barang tersebut hanya untuk testimoni sahaja.. jika aku tak nak, aku boleh pulangkan kepada mereka dan cancel segala urusan jual beli.. Sebelum aku balik, lelaki tersebut menyuruh aku membayar rm150 untuk member card dan memberikan aku resit serta memberi aku indusction cooker untuk dibawa balik.. Aku pada ketika itu seperti blur dgn ape yang terjadi..

Bila sampai ruma, aku terus menghubungi rakanku Syed.. syed terus meminta aku bagi gamba resit dan mula search tentang company tersebut.. Apa yang paling memeranjatkan adalah ramai yang telah tertipu dengan agensi ini..ada yang sampai 7- 10k yang lesap.. aku jadi risau, aku check bank aku, rm 2100 telah lesap..Malam tu juga aku ajak syed menemani aku untuk pulangkan barang tersebut.. Setelah aku sampai, lelaki berbangsa sarawak dan fakhrul masih ada disitu.. aku menegaskan aku mahu cancel segala pembelian dan memulangkan kembali kepada mereka.. Tapi mereka seperti sudah biasa, mereka just ckp boleh buat pembatalan tapi setelah 2 or 3 hari.. Dan barangan tersebut aku perlu bawa balik..

Hari ni, aku minta half day dengan En.Aizat, aku terus pegi ambil Alya dekat office.. Dari Pasir Gudang terus shoot ke skudai and buat report dekat balai polis Taman Iniversiti.. Lepas report polis selesai aku pegi ke jabatan pengguna untuk buat aduan.. tapi malangnya bank statement tak de sebab dari situ diorang akan tahu duit tu di masukkan ke acct siapa.. klu acct company yang tertera pada resit, diorang akan terus bukak kes ini.. Tapi klu ke acct individu, aku kene buat laporan polis lagi sekali untuk polis siasat individu tersebut..

Setibanya aku dirumah, ayah mengajak aku untuk pergi ke tesco dan kembalikan semula induction cooker tersebut.. aku pergi semula, yang ada hanyalah lelaki serawak, perempuan 2 orang dan 3 orang lelaki .. fakhrul tak de.. aku suruh mereka kembalikan duit aku dan tunjukkan kepada mereka laporan polis yang telah aku buat..mereka cakap, duit akan dikembalikan sama ada esok atau lusa..mula2 aq naik angin jugak, tapi ayah suruh relex dulu.. lelaki tu call bos dy dan bercakap sendiri dengan ayah.. bila dah runding, dy akam pulangkan duit esoknye.. so sekarang, aku kene tunggu esok.. klu tak dapat lagi, aku kne pergi tribunal pengguna untuk bukak kes ni.. hurrrmmm harap2 dapat la balik duit tu.. Ya Allah.. risaunye aku.. 😭😭😭

Tuesday, March 3, 2015

SPM bukan penentu segalanya

#Throwback kate kau.. haaa memandangkan hari ni result spm keluar, maka nak fefeeling sweet 17 gitu.. padahal dah nak masuk 7 tahun tinggalkan alam persekolahan.. tak sedo2 lagi diri tu dah tue.. huhu

Haaa kepada adik2 yang resultnye tak berapa bagus, jgn le sedih2..chill suda..spm tu bukan lah penentuan bahawa hidup kau akan terus teruk seperti result yg kau dapat tu..Yang penting sekarang jangan putus asa dan terus berdoa pada Allah.. Doa le supaya masa depan kau lebih cerah dan gumbira ke, dapat keje yang baik walaupon tak lah sebagus kawan2 kau yg lain, atau pon klu nak senang, mintak pada Allah supaya dapat kahwin dengan org kaye(yg ni bg pompan lah..klu laki2 nak mintak mcm ni boleh jugak.. mak tak halang jahh).. yang penting kau bahagia..

Result aku dulu pon tak le sebagus engkorang.. banyak main mase kat teknik dulu.. warden suruh study time preb, aku pegi tulis surat cinte..sampaikan kantoi kau tau.. siap kene bace lagi dekat perhimpunan mingguan asrama.. haaaa rase kau malu ke tak malu time tu.. hahaha bongokss betol bile igt balik.. effectnya result ke laut leww..dan disebabkan result spm yg kelaot tu lah bf aq tinggalkan aku, kau tau.. kuajaq punye jantan.. haaa padan dgn muke aku.. haha selepas tragedi tu berlaku, aku pon bangkit le slow2..macam naik tangge, sikit2 naik walaupon sebelah kau ade escalator.. huhu

Dikala kawan2 dapat ambil diploma dekat universiti tempatan dan luar negare, aku hanya mampu guling2 dekat bilik..mengharapkan itu semua hanya satu mimpi..mimpi yang tak pasti... haaa macam lirik lagu tak...huuu

Kekecewaan tidak terus2an menghantui aku..after a few weeks, aku dapat tahu yang aku dapat ambil diploma di politeknik..aku punye suke, haiisshhh Allah saje yg tau..walaupon org pandang rendah dekat poly,tapi aku tak peduli..yang penting aku dapat segulung diploma tu..

After habis diploma, aku mohon lagi untuk sambung degree pulak.. setahun lebih jugak lah aku tunggu.. klu tak silap aku 4 kali aku mohon upu..first mase sem akhir dkt poly, kedua time rayuan, ketiga intake uitm and uthm only dan yg keempat mase keje.. last la tu.. klu dapat, dapat lah.. klu tak aku terus keje..tawakal je le time tu..Bertapa Allah kasihkan aku, bertapa Allah tu maha pemurah, DIA bagi aku sambung degree dekat universiti terkemuka di malaysia.. Universiti Teknologi Malaysia (UTM).. haaa kau nak pengsan aku bace masej time tu.. Happy gile kot..

Mase firstday jejak kaki time registration day,  aku masih tak pecaye.. mane tak nye.. aku selalu masuk UTM tu utk hanta tender je..dan setiap kali masuk, aku mesti cakap dengan alya and kak ira.. "haaiisshh bila lah aku nak dapat belaja dekat sini.." and now, i'm one of the UTM student kau.. haaaa klu terjun tasik pon, pasti akan keluar berita.. "Pelajar UTM terjun tasik akibat tidak percaya bahawa dia telah menjadi salah seorang pelajar di universiti tersebut".. hahaha

Sekarang aku sedang gigih menjalani latihan industry dalam bidang kejuruteraan marine dan oil&gas.. tunggu lagi setahun setengah, dapat le aku segulung ijajah.. haaaa keeelass tak mak.. haaa bakal2 enginioorrr ni tau.. sape kate result spm teruk tak boleh jd engineer.. bak tang sni, aku puk muke dy.. hehe

As a conclusion, bagi aku spm adalah satu permulaan untuk aku terus menjadi manusia yang lebih kuat dan matang.. and now, still learning untuk menjadi hamba Allah yang baik..

Mase depan kau bukan terletak pada sehelai kertas, tapi terletak pada tangan kau sendiri..terpulang pade kau nak bentuk dia jadi macam mane..yang penting sentiase igt, ade yang lebih berkuasa diatas sane.. klu sentiase igt, insyaa Allah, pasti semuanya akan baik2 saja.. amin.. 😊😊😊

Kepada meera husna dan ikin: Tahniah and gudluck for your future..kak long always be there for u guys..cayang die tium sikit.. hehe  😘😘😘

Thursday, November 6, 2014

Seringgit

Assalamualaikum..

Hai.. tajuk entry kali ni agak pelik kan..kenapa?? Ada apa dengan seringgit?? Kalau nak tahu, meh baca sampai habis..

Ok..RM 1 atau orang kebanyakan panggil seringgit..seringgit, bagi orang - orang kaya pasti tak bernilai.. halahhh seringgit..ape lah sangat... tapi bagi aku, sangat bermakna.. Ia membuatkan aku teringat ketika zaman belajar.. tak kira lah ketika poli ataupun universiti..

Aku ni bukan lah berasal dari orang berada.. keluarga aku, sederhana.. tak miskin dan juga tak kaya.. biasa - biasa saja..ayah kerja sebagai pemandu syarikat, ibu pula suri rumah.. jadi, dengan gaji ayah saja tempat kami bergantung..seperti sedia maklum, gaji sebagai pemandu bukan la besar, paling tinggi pon rm 1500.. dengan gaji sekecil itu, ayah mampu menghantar ku belajar ke melaka demi mendapatkan segulung diploma dan kini sedang berusaha untuk merangkul segulung ijazah di utm..perbelanjaan ku kebanyakannya di support oleh ayah.. walaupon aku mendapat biasiswa pinjaman yayasan johor, namun masih tidak mencukupi..biasalah kos sara hidup sekarang semuanya tinggi.. kalau dulu rm50 boleh beli macam - macam.. tapi sekarang, boleh dikira bape ketul je yang dapat dibeli dengan duit sejumlah itu..

Nak dipendekkan cerita, dalam dompet aku selalu akan berbaki seringgit..bila kawan - kawan ajak keluar atau makan, ada sahaja alasan aku.. aku tak lapar lah.. tak de mood lah.. tapi sebenarnya aku malu nak bagitahu mereka aku tak de duit.. aku selalu fikir banyak kali, sama ada nak bagitahu ayah atau tidak.. dan bila aku nekad dail nombor phone ayah, nanti aku mesti padamkan nya.. sebab apa, sebab aku tak sampai hati nak meminta.. aku tahu, ayah pun bukannya ada duit.. so terpaksalah aku diamkan diri..

Kadang - kadang bila ayah tanya, "ada duit tak??" Aku mesti cakap ade... tapi naluri seorang ayah, dia tau bila anak dia ada duit dengan tak ada duit.. maybe dari segi percakapan aku, ayah dapat detect agaknya..  so  nanti ayah mesti cakap, "ada tu berapa?? Seringgit?? " ... ehhh macam tahu - tahu je.. Hmmmm

Kadang - kadang kita hidup tak selalu senang.. ada masa kita dekat atas, dan ada masanya kita dekat bawah.. namun perlu kita ingat, dengan seringgit jugak lah kita belajar untuk berjimat, dengan seringgit jugaklah kita belajar untuk memberi.. dan dengan seringgit jugak lah kita belajar erti kehidupan sebenar..

Thursday, October 23, 2014

Secret admirer part 1

Assalamualaikum..

Hai semua, sihat?? Harap - harap sihat la ye.. haaaa mesti korang dah tak sabar nak tau kisah selanjutnya bukan?? Hehe, relex - relex.. pergi bancuh kopi, ambil biskut kering satu balang dulu, lepas tu baru start baca kisah ni.. hehe gaye macam best je kan?? Nak tau best ke tak cerita ni, jom teruskan membaca..

Ok, start cerita ni macam ni, sebelum aku clash dengan mamat keparat tu, aku ade lah simpan perasaan kat mamat sorang ni.. mase tu, dia saing-saing belajar dengan aku la.. cume kitorang ambil course yang berlainan.. hmmm bukan bermakna aku curang.. ye lah, kau dah tau yang pakwe kau main kayu tiga dengan kau, kau masih nak setia dan berharap satu keajaiban berlaku supaya perempuan - perempuan tu semua mati dah membuatkan pakwe yang kau sayangi dan kasihi itu berbalik semula dan taat setia kepada kau?? Hahaha choii sangat kan.. opkos la kau akan rase tawar hati dan mula untuk beralih arah kan.. same lah macam aku.. tapi, aku tak lah terus cari lelaki lain dan couple lalu membuatkan diri aku lebih kurang same je dengan jantan keparat tu kan.. aku tak se desperate lagi waktu tu..

Haaa sambung balik pasal lelaki yang same umur dengan aku tu, dia tak lah handsome mane pon.. mate sepet sebelah.. muke nerd..tak berape tinggi dan tak sasa pon.. cermin mate pulak tebal nak mampuih.. tapi yang buat aku tertarik bile dia senyum.. hmmm MANIS... ehh tetiba malu pulak.. uhuiii (gedik betol kau ni mai)

Aku gelarkan dia Mr. F lah.. biar korang tak compius dengan mamat keparat tu.. hahaha.. ok, aku sebenarnya tak berapa ingat sangat macam mana aku boleh kenal dengan dia.. tapi yang aku ingat, aku selalu peratikan dia setiap kali lalu sebelah studio dia.. dia budak seni bina, aku pulak budak awam.. kami satu jabatan yang sama.. so bila on the way nak pergi bengkel, or kantin mesti akan lalu sebelah studio dia.. time lalu tu jantung aku mesti berdegup laju.. huhhh kadang - kadang sampai sejuk tangan aku.. hahaha over kan.. padahal tak pernah tegur pon.. dengan kata lain dia ni secret admirer aku la..

So dalam 6 bulan jugak aku dok perati dia..dia suke pakai kemeja lengan panjang senseng sampai siku, beg selempang tepi, kasut nike, rambut belah tepi.. hahaha stalker gile aku time tu.. TERUK.. tapi aku tak cite lah kat sape-sape.. aq pendam sendiri je.. sampai la aku masuk sem 3, aku nekad.. (time aku start suke dia tu mase aku sem 2, hubungan aku ngan mamat keparat tu pulak masok 2 tahun suku kot) .. korang mesti nak tau aku buat ape kan.. hehe

Zaman dulu popular dengan myspace.. so at that time semua orang mesti ade account myspace, fb blom ramai tahu, kalau ade pon tak geti gune lagi..aku dulu pon antara yang terawal jugak lah diantara budak- budak class aku yang gune fb.. tapi tu lah bodo lagi time tu.. yang pandai and expert myspace.. so aku pon berani kan diri add Mr.F kat myspace.. lepas tu comment lah beberapa gamba dia..konon - konon suruh dia perasan tentang kehadiran aku.. cewahhh!! Choii sangat kan.. haha lepas dekat mysapce, aku try cari dia dekat fb pulak.. tup2 jumpe... so disebabkan perasaan gatal yang membuak2 ni, maka aku pon add la dia.. lepas add, dia boleh pulak send dekat wall aku, "Thanks add, eh macam kenal lah, sampai ke sini cari" .. haaa tu lah ayat yang paling aku ingat sampai sekarang.. mase tu, hati dah berbunga-bunga dah.. konon macam dhunia ni ana yang punya!! Tak sedar, yang ayat tu memerli.. bile aku fikir balik, bodo nye la aku time tu.. haiisshhh

Ok, lepas add dia dekat segala laman sosial yang ada, maka aku pon try la cari dia ni ade blog ke?? Sebab time tu, aku dah mule berjinak - jinak dalam dunia blogging  ni.. ehhh cari punya cari, sekali jumpe... aku ingat, dia yang tulis blog tu, sekali selidik punye selidik, laaaa adik angkat dia yang buat blog tu.. konon - konon nak suruh abg angkat nye tu bace lah segala isi hati adik nya tu dekat dalam blog tu..(bape banyak "tu" da??) hahaha haaa ade lah sedikit timbul rase cemburu nye di situ.. tapi tak berpanjangan lah.. aku waras lagi time tu, aku ni sape nak jeles - jeles bagai, aku bukannya siapa-siapa.. ecehhh.. poyo betol..

Lepas add Mr.F dekat myspace, fb and blog, maka bermulalah tugas seorang stalker yang tidak bertauliah..hari-hari lepas class mesti online and stalk orang tu punye wall..kalau tak tengok wall dia, rase macam tak complete hidup ni tau..pada satu hari ni, sedang aku dok syok stalk Mr.F ni tetiba terkantoi pulak dengan roomate aku seela.. maka dengan rela hati aku pon cerita lah dekat seela..lepas seela merebak pulak dekat fiza, kemudian haya, ira dan juwana.. maka satu ruma tau yang aku mempunyai secret admirer bernama Mr.F.. tapi diorang ni lebih kejam dari aku, ade ke diorang panggil Mr. F ni, "TERANG BULAN"??.. haiisshh tak patut betul.. sebab ape terang bulan?? Ada lah kisah disebalik tu.. hehe

Nak tau kisah selanjutnya?? Jom baca next entry pulak..

Bila kaca dah pecah berkecai, kau tampal gune gam uhu pon still akan nampak bekasnya..

Assalamualaikum..

Hye everyone..tajuk entry bukan main panjang lagi kan..ala2 retis update status kat facebook gitu..

Actually i'm a little bit sad today..Why?? Why?? The reason is about sarang.. mesti ramai yang tak tau maksud sarang kan.. meh sini aku bagitau..maksud dia bukan sarang burung, sarang semut or sarang tebuan.. maksud sarang is love..perkataan ni berasal dari bahasa korea..

Tak tau nak mule cite macam mane..sebak pulak tetibe.. huuu

Susah sebenarnye nak jangka ape yang ada dalam hati seseorang..terutamanya bab cinta ni..kadang2 aku geli bile cakap bab cinta.. sebab aku rase umur macam aq ni tak layak nak bercerita pasal cinta lebih2 lagi bile still belajar..(perasan mude..padahal dah 23 tahun..choii sgt kan)

Bile pergi mana2 kenduri kawen kawan, mesti ade terjumpe makcik2 yg mulut puake dok tanye "bile kau nak kawen?".. bile kite cakap blom ade calon lagi, dikatenye memilih la, klu lambat2 jadi anak dare tua lah.. macam2 lagi..naik menyampah pulak kadang2..siapa pernah hadapi situasi begini?? Sila angkat kaki tingi- tinggi..!! Annoying  kan bila orang dok sebok2..

Masalahnye sekarang bukan sebab memilih, tapi memang belum jumpe yang sesuai..InsyaAllah 1 fine day nanti jumpe lah tu..Jodoh tu dah tertulis dah..

Bukan maksud aku kite just kene tunggu sampai jodoh tu datang sampai ke batang hidung kite sendiri.. tapi kene la usaha sikit.. ye dokk?? Kalau kau asik duduk tepi tingkap rumah sambil berharap ada anak raja lalu tepi rumah kau lalu  masuk meminang kau, alamat memang sampai ke tua la kau tak kawin.. tok sah berangan laaa jah oiii... ~~

Ok, berbalik pada topik asal kita tadi..Bila kaca dah pecah berkecai, kau tampal lah gune selotep ke, gam uhu ke, gam gajah ke, gam buaya ke, kita tetap akan nampak bekas pecah nya bukan.. hmm sama la jugak dengan hati manusia, kalau sekali kau buat taik dengan orang, kau ingat orang tu akan senang2 lupekan ke?? Kalau berjaya lupakan pon, pasti akan tersimpan 1 scar dalam hati dia walaupon sekecil zarah.. haaaa sama lah situasi yang aku alami sekarang.. bukan aku sengaje tak nak berkawan dengan lelaki secara serious.. tapi aku macam dah serik.. hmmm tak tau nak cakap macam mana.. bukan dendam dengan lelaki.. haiisshhh nauzubillah.. tak pernah terlintas tau, tapi sikap tak percaya pada lelaki selalu ada bile aku mula nak berkenal - kenalan.. Ni base on ape yang aku lalui dan pada pandangan aku lah.. kalau korang rasa aku salah, tegur je..tak salah, at the same time, aku boleh perbetulkan diri aku jugak..

Ok ceritanya bermula macam ni, nenek aku ade lah kenalkan aku dengan seorang lelaki pilihan hati dia.. tak nafikan jugak, dia memang good looking and dah bekerja.. At that time, umur aku baru 18 tahun, baru habis spm..aku ni pon innocent sgt waktu tu,  so terima jelah seadanya.. walaupon hati ni berat sangat.. ye lah 18 tahun, masih hingusan lagi kot.. so nak di pendekkean cerita, aku berkawan dengan mamat ni hampir 3 tahun jegak lah, dari habis spm sampai lah dah nak habis diploma..sepanjang berkawan dengan dia, ada la jugak dia tunjukkan reaksi dia nak bawa lebih jauh hubungan kami tu..siap jumpa family aku dan dia pon ada lah bawak aku jumpa family dia.. mula - mula agak janggal, sebab adik-adik dia lebih tua dari aku.. tapi lama - lama rasa ok je..dia pon bukan orang senang sangat pon, kerja pon biasa-biasa je, just jadi technicians.. aku terima dia seadanya, dia memang baik, solat tak tinggal, selalu ingatkan aku untuk solat and baca quran.. ye memang baik, tapi...

Bak kata pepatah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya..dalam baiknya tu, rupanya playboy!! Kaki perempuan rupenya... macam mane aku tau?? Huh (senyum sinis)

Tahun pertama, memang everything looking great  and smooth.. masuk tahun kedua, mula dah dia melebarkan sayapnya..sementara aku busy dengan pengajian aku, dia pon busy mencari spare parts yang lain.. hahaha, bukan sekali dua dia kantoi dengan aku, tapi dah BANYAK kali.. First, kantoi kat mesej. second kantoi kat fb. Third, kantoi sebab terlepas cakap..dan macam2 lagi lah..makin di listkan makin sakit pulak hati kite ni wak.. nasib tak pernah kantoi kluar depan muke aku, kalau tak, rk tau lah nak cakap ape.. hahahaha

2 tahun jugak lah aku tahan dengan perangai playboy dia tu..hmmm aku pon tak tau kenape aku boleh punyai tahap kesabaran yang sangat tinggi time tu.. bukan sebab aku takut kehilangan dia, tapi maybe sebab nenek kot.. ye la, nenek yang beria kenalkan dia dengan aku.. so aku tak nak lah kecewakan nenek..

Tahun ketiga buatkan aku nekad putuskan hubungan kami, bile salah satu dari perempuan tu mesej aku kat fb..mesej pulak gune fb jantan keparat tu.. aku tak bape ingat ayat dia macam mane, tapi maksud dia lebih kurang macam ni lah.. dia nak aku clash sebab diorang dah pernah ehem2.. kau rase ape perasaan aku bile baca mesej tu??

Aku masih boleh sabar dengan sikap playboy dia, tapi bile dah sampai ke tahap yang buat bende tak senonoh dengan orang lain, kau rase boleh sabar lagi ke?? Mesti lah hancur lebur hati aku.. Dan sejak dari hari tu, memang aku tak pernah nak percayakan lelaki lagi.. SUSAH..!! Susah sangat2... and the reason I'm still keep single until now adalah disebabkan bende ni lah.. tapi bukan bermakna aku tutup hati aku terus.. Don't get me wrong..

Ok, after clash, dengan mamat ni, aku ade secret admirer dekat seseorang ni.. nak tau sape?? Aku akan cerita dekat next entry.. (: